Pertama : Doa yang tidak dimaqbulkan oleh Allah sebenarnya adalah salah satu bentuk ujian dari Allah yang mesti kita terima dengan lapang dada serta penuh kesabaran. Firman Allah yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan (anbiya:21).
Kedua: Setiap perkara sudah di atur oleh Allah. Perkara ini perlu kita sedari dengan jelas. Tiada satu makhluk pun yang dapat mengelak dari ketentuanNya.
Ibnu Nashiruddin al Dimasqi Rahimahullah berkata: Tidak ada seorang pun yang dapat lari dari ketentuan Allah. Tidak ada seorang pun yang mampu mengelak dari keputusan dan ujian Allah. Hanya kepunyaan Allah kerajaan dan para hambaNya. Allah berhak mengatur sesuai dengan kehendaknya dan keinginanNya (Bardul-Akbad ‘inda Faqdil Aulad)

Ketiga: Di dalamnya terdapat hikmah dan rahsia ilahi. Firman Allah:"....dan sesungguhnya Tuhanmu maha mengetahui" (Al-an'am:83)
Allah maha Agong, mampu memberi dan menahan sesuatu. Ada rahsia dalam setiap ketentuanNya. Kadang2, terkabulnya doa akan membawa kita kepada keburukan. Allah yang mencipta hambaNya, Dialah yang paling mengetahui apa yang terbaik dan terburuk untuk hambaNya. Sesuatu yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah dan Dia tidak akan sekali2 menzalimi hambaNya.
Imam Ibnu Qayyim dalam "Mdarij As-Salikiin" berkata ”Ketetapan Allah bagi hambaNya yang beriman pada hakikatnya adalah pemberian walaupun kelihatannya berupa pencegahan. Dan cubaanNya adalah kebaikan walaupun kelihatan tidak menyenangkan”.

Keempat: Doa yang termakbul bukan semestinya dalam bentuk yang kita minta. Ada juga doa yang termakbul dalam bentuk terhindar dari keburukan dan doa yang Allah tangguhkan dan simpan sampai hari akhirat sebagaimana sabda Nabi saw: “Tidaklah seorang muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa dan memutus sillaturrahim melainkan Allah beri kepadanya 3 perkara: menyegerakan doanya untuk dikabulkan, atau Allah simpan untuknya diakhirat atau Allah palingkan daripadanya keburukan semisalnya” (albukhari dalam Adab al-Mufrad di sahihkan oleh Al Albani)
Keempat: Sentiasa bermuhasabah dan melihat kedalam diri kita. Barangkali masih ada dosa dan maksiat yang belum kita tinggalkan. Sekiranya ada, maka segeralah kita bertaubat kepada Allah kerana dosa termasuk dalam penghalang untuk doa dimakbulkan sebagaimana yg diingatkan oleh ulama salaf Ibnu Raja dlm kitabnya "Jamiul ulum wal ahkam”: "Tidaklah doa itu tertunda utk dikabulkan kecuali engkau telah menutup pintunya dengan maksiat”
Demikianlah sedikit yang mampu saya kongsikan dari sudut sebab umum doa tidak termakbul. Mungkin di lain waktu dan kesempatan boleh kita perincikan kan lagi dari sudut syarat dan adab berdoa yang mungkin ramai di kalangan kita abaikan. Moga perkongsian di atas memberi manfaat. Wa tafiiqi illa billah.

No comments:
Post a Comment