~ Assalamualaikum ~
First of all, I wanna appologise to all of you because of sudah lama tidak update blog nie atas sebab-sebab dan ujian-ujian yang Allah berikan kepada saya. Tapi saya bersyukur, sebab hikmahnya, Allah nak didik saya supaya sabar dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Habuannya, Allah beri lebih daripada itu kepada saya. Thanks Allah for everything.
Untuk post kali ini adalah berkaitan dengan tajuk di atas. Seperti biasalah ya, apa yang saya catatkan ini adalah melalui luahan rasa hati saya dikuatkan dengan hujah-hujah yang tidak lari daripada tuntutan syarak. InsyaAllah.
Masa muda ini adalah satu-satunya moment yang kita akan lalui sepanjang lumrah kehidupan seorang manusia. Tetapi tidak semua kerana ianya terletak kepada percaturan qada' dan qadar Allah. Ada yang pergi sebelum sempat merasai zaman muda bahkan ada yang pergi ketika sedang asyik terleka pada zaman muda. Amat beruntung kepada sesiapa yang diizinkan Allah untuk hidup di zaman muda ini. Akan tetapi kita tidak tahu dimana kedudukan kita sekarang, adakah kita akan melaluinya sehingga kita melepasi zaman muda atau sebaliknya.
Zaman muda inilah satu-satunya zaman dimana kita sebagai manusia / hamba Allah mengaut segala bekalan ilmu dan pahala untuk kita bawa di akhirat kelak. Kerana pada zaman ini otak kita masih cergas, tubuh masih utuh, tenaga sentiasa ada. Setiap titik peluh kehidupan kita biarlah perjuangkan agama agar tidak kesal di hari kelak.
Tapi sayang seribu kali sayang, fenomena zaman ini, kita lihat sendiri siapa yang berada di saf hadapan ketika berjemaah di masjid, majoritinya golongan tua. Di mana kita sebagai golongan muda yang kononnya merupakan generasi berkualiti masa depan agama, negara dan bangsa? Tepuk dada tanyalah iman anda. Itu hanya sebagai gambaran. Realiti kehidupan masa kini ramai anak-anak muda menggunakan masa muda mereka untuk perkara sia-sia. Pendek kata akhlak rosak.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa anak muda berdarah panas dan sukakan hiburan dan keseronokkan. "Enjoy life selagi masih muda, bila dah tua nanti tak boleh dah nak enjoy macam nie" Statement famous dalam kalangan anak muda kita.
Tetapi tidakkah kalian duhai anak muda sedar, bahawa dunia ini hanya pinjaman semata, sementara belaka. Bukan untuk menghalang kalian mencari dunia, tapi biarlah ada keseimbangan untuk akhirat. "Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dengan manusia itu selain beribadat kepada-Ku". Ini tujuan kita hidup di dunia. Tujuan yang paling aula (penting) selain urusan-urusan yang lain. Cari redha Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai melaksanakan apa yang dilarang-Nya tetapi meninggalkan apa yang disuruh-Nya. "Apa nak takut, orang bukan nampak pun kita mencuri ni" "Kolot la kau ni masih virgin" "Kalau tak isap rokok, tak tunggang arak bukan anak muda namanya" Wanna know something, siapa sahaja yang berkata sedemikian especially Muslim, I said STUPID !
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai melaksanakan apa yang dilarang-Nya tetapi meninggalkan apa yang disuruh-Nya. "Apa nak takut, orang bukan nampak pun kita mencuri ni" "Kolot la kau ni masih virgin" "Kalau tak isap rokok, tak tunggang arak bukan anak muda namanya" Wanna know something, siapa sahaja yang berkata sedemikian especially Muslim, I said STUPID !
Keseronokkan di dunia hanya sementara sahaja, sedangkan Allah janjikan keseronokkan yang teramat indah di syurga. Jadi lebih berbaloi untuk kita korbankan yang sementara untuk dapat yang kekal selamanya. Mungkin susah nak nampak kan analogi macam nie. Ok, simple, sekiranya anda mengumpul duit semata-mata untuk membeli Galaxy Note sedangkan anda mampu tunggu lebih masa sikit untuk dapatkan Iphone 5 and sebuah Macbook, better korbankan masa itu untuk mendapatka lebih baik bukan?
Macam itulah kehidupan kita di dunia, sekiranya kita banyak mensia-siakan masa muda kita untuk keseronokan sementara sedangkan kita mampu untuk mengorbankan masa kita untuk mengaut segala bekalan untuk hari akhirat kelak, yang dijanjikan kebahagiaan yang kekal bagi yang mentaati-Nya, lebih baik kita korbankan masa muda kita kearah itu daripada masa itu dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah dan menempah murka Allah.
Abis bagaimana dengan anak-anak muda yang dah terlanjur melakukan dosa-dosa? Duhai anak muda, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sentiasalah kita memohon taubat kepada Allah. Apa makna taubat? Taubat adalah meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa tersebut selama-lamanya tanpa ada terdekit walaupun sesaat untuk melakukan dosa-dosa itu semula. Jadi bertaubatlah kalian untuk kembali pada jalan yang diredhai-Nya. Janji Allah bukan permainan seperti janji orang sedang bercinta. Janji Allah segalanya akan tertunai.
Jadi pilihan ditangan anda, sama ada syurga atau neraka, bahagia dunia sementara atau bahagia akhirat selamanya. Akhir kalam pesanan ini ditujukan kepada diri saya juga anda semua. Diharap agar semua dapat manfaat akan coretan yang tak seberapa ini. Salam'alaik (^_^)

No comments:
Post a Comment