Sunday, February 24, 2013

Lupa, Leka & Alpa



Assalamualaikum semua. 

Untuk entry kali nie, saya tergerak hati untuk mengajak kalian semua menghayati kupasan tajuk "Lupa, Leka & Alpa" ini. Coretan saya kali ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri saya sendiri disamping menjadi peringatan kepada kalian semua. 



Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa, disebabkan itu Allah menciptakan manusia adalah untuk saling sentiasa ingat mengingati di antara satu sama lain. Apabila manusia itu sudah lupa, manusia mula terleka dan alpa. Alhamdulillah sekiranya manusia itu lupa untuk melakukan kejahatan di dunia (semoga lupa untuk selamanya dalam melakukan kejahatan ini). Tetapi na'uzubillah (semoga dijauhkan perkara ini oleh Allah) sekiranya manusia itu lupa untuk mengingati dan melaksanakan segala perintah Allah.

Firman Allah dalam surah Al-'Asr  (103 : 1-3) :

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang baik buat hamba-hamba-Nya. Sehinggakan Allah mengingatkan kita dalam pelbagai firman-Nya dalam Al-Quran dari pelbagai aspek kehidupan agar kita tidak lalai dari mencari dan mengejar keredhaan-Nya di muka bumi buat bekalan di akhirat kelak.

Hakikat masa kini, di dalam arus kemodenan yang semakin pesat membangun, manusia tenggelam dengan urusan dunia lantas lupa dan leka untuk membahagikan masa untuk urusan akhirat. Sebenar-benar urusan adalah mencari urusan akhirat berbanding dunia kerana dunia ini hanyalah platform untuk kita mengumpul pahala sebagai bekalan akhirat kelak. Tiada manusia yang dapat menentukan dirinya masuk ke dalam syurga hatta banyak beribadat sekalipun kerana semua itu ketentuan Allah. Tetapi dengan beribadat dan mengamalkan segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang Allah adalah tiket untuk kita menempah kamar indah di syurga.

Apa yang perlu dititik berat disini ialah, jangan sesekali kita lupa untuk mengingati Allah kerana sekali kita terlupa lantas terleka, kita hampir dengan azab neraka Allah. Ya, tidak mustahil. Al-Quran telah membuktikan bahawa umat-umat pada zaman dahulu telah hampir dengan azab neraka. Diibaratkan hanya selangkah lagi, manusia akan jatuh menjunam ke dalam api neraka. Sebab itulah para Nabi dan para Rasul diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan pesanan dan menyelamatkan umat daripada terus tersesat dalam kehidupan. Dan ini diantara hikmah dan nikmat Allah mengutuskan para Nabi dan para Rasul iaitu menyelamatkan manusia daripada azab Allah kepada kembali menggapai redha Allah.


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2 : 214) :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. 

Firman Allah dalam Surah Asy-Syuura (42 : 48) :

Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah). Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami dia bergembira ria karena rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri (niscaya mereka ingkar) karena sesungguhnya manusia itu amat ingkar (kepada nikmat). 

Kesimpulannya ialah :

1. Sentiasa ingat Allah walau dimana kita berada.

2. Sentiasa sibukkan diri dengan mencari keredhaan-Nya agar kita tidak 
    mudah melakukan perkara-perkara yang sia-sia di muka bumi Allah.
3. Sentiasa muhasabah diri setiap hari sebagai checklist kita untuk menjadi 
    manusia yang sentiasa lebih baik dari hari semalam.

Paling penting sekali, whatever we do, do it because of Allah. InsyaAllah siapa yang mencari redha Allah, Allah akan menolongnya (^_^)




Tuesday, February 5, 2013

Masa Muda Itu Amat Bernilai


~ Assalamualaikum ~

First of all, I wanna appologise to all of you because of sudah lama tidak update blog nie atas sebab-sebab dan ujian-ujian yang Allah berikan kepada saya. Tapi saya bersyukur, sebab hikmahnya, Allah nak didik saya supaya sabar dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Habuannya, Allah beri lebih daripada itu kepada saya. Thanks Allah for everything.

Untuk post kali ini adalah berkaitan dengan tajuk di atas. Seperti biasalah ya, apa yang saya catatkan ini adalah melalui luahan rasa hati saya dikuatkan dengan hujah-hujah yang tidak lari daripada tuntutan syarak. InsyaAllah.

Masa muda ini adalah satu-satunya moment yang kita akan lalui sepanjang lumrah kehidupan seorang manusia. Tetapi tidak semua kerana ianya terletak kepada percaturan qada' dan qadar Allah. Ada yang pergi sebelum sempat merasai zaman muda bahkan ada yang pergi ketika sedang asyik terleka pada zaman muda. Amat beruntung kepada sesiapa yang diizinkan Allah untuk hidup di zaman muda ini. Akan tetapi kita tidak tahu dimana kedudukan kita sekarang, adakah kita akan melaluinya sehingga kita melepasi zaman muda atau sebaliknya.

Zaman muda inilah satu-satunya zaman dimana kita sebagai manusia / hamba Allah mengaut segala bekalan ilmu dan pahala untuk kita bawa di akhirat kelak. Kerana pada zaman ini otak kita masih cergas, tubuh masih utuh, tenaga sentiasa ada. Setiap titik peluh kehidupan kita biarlah perjuangkan agama agar tidak kesal di hari kelak.

Tapi sayang seribu kali sayang, fenomena zaman ini, kita lihat sendiri siapa yang berada di saf hadapan ketika berjemaah di masjid, majoritinya golongan tua. Di mana kita sebagai golongan muda yang kononnya merupakan generasi berkualiti masa depan agama, negara dan bangsa? Tepuk dada tanyalah iman anda. Itu hanya sebagai gambaran. Realiti kehidupan masa kini ramai anak-anak muda menggunakan masa muda mereka untuk perkara sia-sia. Pendek kata akhlak rosak.

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa anak muda berdarah panas dan sukakan hiburan dan keseronokkan. "Enjoy life selagi masih muda, bila dah tua nanti tak boleh dah nak enjoy macam nie" Statement famous dalam kalangan anak muda kita. 

Tetapi tidakkah kalian duhai anak muda sedar, bahawa dunia ini hanya pinjaman semata, sementara belaka. Bukan untuk menghalang kalian mencari dunia, tapi biarlah ada keseimbangan untuk akhirat. "Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dengan manusia itu selain beribadat kepada-Ku". Ini  tujuan kita hidup di dunia. Tujuan yang paling aula (penting) selain urusan-urusan yang lain. Cari redha Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai melaksanakan apa yang dilarang-Nya tetapi meninggalkan apa yang disuruh-Nya. "Apa nak takut, orang bukan nampak pun kita mencuri ni" "Kolot la kau ni masih virgin" "Kalau tak isap rokok, tak tunggang arak bukan anak muda namanya" Wanna know something, siapa sahaja yang berkata sedemikian especially Muslim, I said STUPID ! 

Keseronokkan di dunia hanya sementara sahaja, sedangkan Allah janjikan keseronokkan yang teramat indah di syurga. Jadi lebih berbaloi untuk kita korbankan yang sementara untuk dapat yang kekal selamanya. Mungkin susah nak nampak kan analogi macam nie. Ok, simple, sekiranya anda mengumpul duit semata-mata untuk membeli Galaxy Note sedangkan anda mampu tunggu lebih masa sikit untuk dapatkan Iphone 5 and sebuah Macbook, better korbankan masa itu untuk mendapatka lebih baik bukan? 

Macam itulah kehidupan kita di dunia, sekiranya kita banyak mensia-siakan masa muda kita untuk keseronokan sementara sedangkan kita mampu untuk mengorbankan masa kita untuk mengaut segala bekalan untuk hari akhirat kelak, yang dijanjikan kebahagiaan yang kekal bagi yang mentaati-Nya, lebih baik kita korbankan masa muda kita kearah itu daripada masa itu dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah dan menempah murka Allah.

Abis bagaimana dengan anak-anak muda yang dah terlanjur melakukan dosa-dosa? Duhai anak muda, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sentiasalah kita memohon taubat kepada Allah. Apa makna taubat? Taubat adalah meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa tersebut selama-lamanya tanpa ada terdekit walaupun sesaat untuk melakukan dosa-dosa itu semula. Jadi bertaubatlah kalian untuk kembali pada jalan yang diredhai-Nya. Janji Allah bukan permainan seperti janji orang sedang bercinta. Janji Allah segalanya akan tertunai.

Jadi pilihan ditangan anda, sama ada syurga atau neraka, bahagia dunia sementara atau bahagia akhirat selamanya. Akhir kalam pesanan ini ditujukan kepada diri saya juga anda semua. Diharap agar semua dapat manfaat akan coretan yang tak seberapa ini. Salam'alaik (^_^)

Friday, January 4, 2013

Buku Baru Kehidupan



Subhanallah. Alhamdulillah. Itu kalimah yang mampu aku ungkapkan. Syukur apabila di datangi sahabat yang bisa memberi peringatan kepada diri ini. Setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya, amat menyentuh dan memberi 1001 makna. Lantas pemikiran ini memujuk hati serta diri untuk sentiasa dan istiqamah berada pada jalan yang diredhai Allah.

Iman Era Moden. Ya, itu yang bisa aku lafazkan sekarang. Kebiasaannya kita sentiasa mendengar bahawa iman manusia kadangkala naik kadangkala menurun. Tidak sama iman manusia biasa dengan para nabi dan rasul. Kerana iman mereka sentiasa bertambah dan bertambah dari semasa ke semasa. Tidak seperti kita yang sentiasa terdedah kepada dosa dan noda. Istilah sekarang masih digunakan iman manusia itu naik dan turun dan ada satu pertambahan dari apa yang didengari iaitu iman manusia kini keluar dan masuk. Allahuakbar. Ya, ternyata iman manusia kini keluar dan masuk. BAHAYA !! Kerana tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia melakukan maksiat yakni kemungkaran di atas muka bumi Allah. Muhasabah diri kita semula. Adakah kita layak untuk berada disyurga Allah atau adakah kita ini bakal dilemparkan ke neraka Allah? Tepuk dada tanyalah iman. Selagi mana diri kita masih dikancah kebinasaan, maka sedarlah bahawa kita sedang menempah azab Allah.

Ini bukan satu omongan kosong. Ini satu peringatan buat kalian dan diri ini. Hakikatnya, kita sudah lali dan serasi dengan cara kehidupan kita yang serba leka ini. Ya ! Aku berani berkata demikian. Cuba fikirkan semula, sudah berapa tahun kita diberi peluang hidup di muka bumi Allah ini? Berapa banyakkah amal ibadah kita terhadap Allah? Adakah kita melaksanakannya secara sempurna atau adakah kita melakukan sambil lewa atau adakah kita hanya memadang perkara itu hanya dengan sebelah mata?

Manusia oh manusia, mengapa kita masih terleka dengan mainan dunia? Allahuakbar. Sepatutnya kita menjadikan dunia ini sebagai satu persinggahan sementara untuk mengaut keuntungan di akhirat. Bukan apabila terjadi sesuatu musibah baru kita nak dekat dengan Allah. Tidak ! Itu salah caranya. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah tiap masa dan ketika. Allah itu satu-satunya tempat pergantungan kita. Tempat segala nikmat yang dicurahkan kepada kita. Kita makan nasi, kenyang bukan? Bukan kerana nasi itu kita kenyang, tapi Allah yang bagi kita kenyang. Kita tidur untuk rehat bukan? Bukan kerana tidur itu kita rehat, tapi Allah yang izinkan kita berehat. Masih lagi manusia ini tidak sedar, ego, takbur !

Kita ini hanyalah hamba Allah. Kepatuhan dan ketaatan itu satu-satunya kita laksanakan semata-mata kerana perintah Allah. Mengapa harus takut untuk kita melakukan kebaikan? Mengapa harus pandang serong sekiranya kita ingin berubah ke arah yang diredhai? Adakah manusia itu berkuasa? Mungkin hanya kepada yang berjawatan tetapi Allah itu Maha Berkuasa ke atas sekalian alam. 

Pintu taubat masih terbuka. Ya masih lagi terbuka selagi mana tidak terbitnya matahari dari sebelah Barat sana. Pandang ke dalam lubuk hati, sedarkan diri, bahawa Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk berubah. Allah itu Maha Penyayang. Kalau Dia tidak sayang, tidak perlu tunggu esok untuk Allah hancurkan alam ini gara-gara manusia yang tidak patuh kepada perintah-Nya. Ayuh kita koreksi diri kita, checklist semula iman kita, semoga kita masih sempat untuk bertaubat dan berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah. Sekiranya kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Bagaimana untuk kita jaga Allah? Jaga dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Takbir.


Sunday, December 30, 2012

Kembali Kepada-Nya



Apabila kita sering menghadapi sesuatu masalah atau ditimpa musibah, ingatlah bahawa kita sedang diuji oleh Allah. Kerana apa Allah menguji kita ? Kerana Allah ingin melihat keimanan kita terhadap-Nya. Hakikat manusia sekarang apabila ditimpa musibah sering kali "MENYUMPAH" (Contoh : Tersepak batu lalu kaki berdarah : "SIAL BATU NI !!). Sedangkan kita digalakkan untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH. Kerana apa ? Kerana kita redha akan apa yang terjadi terhadap diri kita. Mungkin itu peringatan kepada life kita yang sering terleka dengan urusan dunia. YA !! Apa jua keadaan kita, susah mahupun senang kita hendaklah sentiasa kembali kepada-Nya. Konteks kembali kepada-Nya ini bukan bermaksud "MATI". Hakikatnya mati itu sememangnya kembali kepada Allah. Tetapi melalui pengupasan ini, kita hendaklah sering serahkan segala-galanya kepada Allah Yang Maha Esa. Satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan memohon pertolongan. Sekiranya kita resah gelisah (Example : EXAM DUNIA), sebaik-baik tempat kita mengadu ialah kepada Allah. 

Habis !! Kenapa manusia sering kali meluahkannya di FACEBOOK ?? Ia adalah perkara normal, sememangnya manusia perlu meluahkan apa yang terpendam dalam sanubari mereka. Tetapi adakah dengan meluahkan segalanya di FACEBOOK itu memberi ketenangan di jiwa ?? Jawabnya adalah tidak. Kerana apa ?? Kerana itu ciptaan manusia semata. Sebaik-baik luahan adalah melalui DOA kepada Allah. Kerana dalam DOA kita menjaga ADAB. Bila adab pertuturan kita dengan Allah cantik, maka INSYAALLAH respon yang baik daripada Allah kepada kita. Berbanding dalam FACEBOOK, pertuturan kita kadang kala terluah kerana emosi (Contoh : "AKU TAK SUKA HIDUP NI, AKU NAK MATI !!). Nampak bukan ?? Apabila diri dibelenggu dengan emosi amarah @ negatif, segala-galnya akan menjadi tidak keharuan. Sedangkan apa yang diajarkan dalam ISLAM itu cukup indah. Setiap yang berlaku semestinya ada hikmah. 

Tidak percaya ?? Ini JANJI ALLAH kepada manusia : (Contoh : Situasi demam panas) : Allah menghantar malaikat kepada kita untuk melihat apa yang kita tuturkan, sekiranya kita redha dengan ujian Allah, Allah akan gantikan daging-daging kita yang tidak baik dengan daging-daging yang lebih baik. Oleh itu setiap gerak geri kita biarlah kita berpaksi kepada Allah semata-mata. Kerana ini akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah. Bangkit jatuh kita di dunia ini merupakan pendidikan oleh Allah kepada kita agar kita sentiasa berusaha untuk ke arah kebaikan. Jadikan segala kejatuhan itu sebagai satu GUIDE kepada kita untuk BANGKIT semula perbaiki segala kelemahan. YA !! Life ini ibarat roda. Adakalanya kita dibawah adakalanya kita di atas. Inilah percaturan Allah. Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah Allah Yang Maha Esa.

Friday, December 14, 2012

Dakwah : Bukan Tunggu Bila Diri Sempurna



Assalamualaikum. Tengok tajuk atas pun kalian dah boleh faham apa maknanya. Saya ada sediakan sedikit video yang dimuatkan dalam YouTube dan di sharekan oleh sahabat saya dalam Facebook. Saya tertarik dengan cara video ini. Kita sudah sedia maklum bahawa video ini memang sudah banyak kali menjadi bahan untuk menceritakan sesuatu. Apatah lagi dalam dunia politik. Tapi apa yang menyentuh hati apabila ianya dijadikan medium untuk menyampaikan pesanan kepada masyarakat kita. Disamping kita sendiri terhibur, mesej yang disampaikan memang menusuk qalbu. Kalau ada yang tak merasakan sesuatu tu, memang sah hati dia keras. Jadi kalau hati kalian keras, bawa bertaubat la selagi mana pintu taubat masih terbuka ya. So, harapan saya agar apa yang saya sharekan ini sedikit sebanyak membuka mata kasar dan mata hati anda untuk berubah ke arah kebaikan. Saya bukan sahaja menyeru anda semua bahkan saya menyeru diri saya sendiri unutk berubah ke arah yang lebih baik.


WAKE UP EVERYONE. SEKARANG BUKAN MASA UNTUK KITA TERUS TERLEKA AYUH BERUBAH !!!


Sunday, December 9, 2012

Hati Kecil Ini Berbicara



Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
semarak rasa cinta berlagu
Jenaka riang terselit kias bermadah
Kata mutiara penyejuk jiwa
Penunjuk cahaya gelita malam
Tersusun kemas kuntuman bahagia
Bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..

Ku cuba bawa seikhlas senyuman
Selembut wajah ku hadiahkan
Pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
Juga huluran tangan untuk kau sambut
Tak pernah meminta atau memaksa
Segalanya terpulang pada diri..
Tepuk dada tanya selera..

Ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
Santapan kala kering ketandusan
Meluah suara yang tak bisa bicara
Bukan pakar segala segi
Sekadar untuk bersama dikongsi
Agar kenyang penuh ketenangan..

Ku tuang rasa kasih yang tertanam
Rasa cinta yang tersemai..
Benih rindu yang tak pernah surut
Usikan manja berserta jenaka 
Gelak tawa penghibur lara
Menyapu lalu si air mata..
Kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua... 
Apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..
Bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindu…

(Petikan Kegemaran Ku :  Ku Mencari Damai Di Hati)
-Hafeez-

Sunday, November 25, 2012

Taubat : Air Mata Keinsafan


Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat , kemudian beliau meminta salah seorang sahabat Abdillah bin Mas’ud membaca surat An Nisa, hingga sampai surah an-Nisa ayat 41 :

"Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).”

Beliau meminta Abdillah bin Mas’ud menghentikan bacaannya , para sahabat melihat air mata Rasulullah berlinang, beliau menangis. 

Aisyah R.A menceritakan bahawa ia sering melihat Rasulullah SAW menangis ketika mengerjakan solat malam, beliau menangis sepanjang solatnya . Mathrab bin Abdillah menceritakan bahawa ayahnya sering mendapati Rasulullah S.A.W menangis dalam solat, dari dada beliau terdengar suara bergemuruh bagai air yang mendidih didalam cerek.

Sesungguhnya Allah S.W.T menciptakan air mata sebagai pengingat hamba akan dirinya. Cukuplah ia menjadi penggerak kesedaran, betapa manusia dalam keadaan lemah. Saat ia terlalu bahagia, tanpa sedar ia menangis. Saat ia terlalu bersedih, tanpa sedar ia menangis. Saat itu, ia tahu dirinya tidak ada kuasa akan atas dirinya. Maka celakalah hati yang beku dan mata yang sulit untuk menangis terutama jika ia seorang pelaku dosa kepada Allah S.W.T.

Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah S.A.W dan berkata : "Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?" Rasulullah S.A.W menjawab : "Dengan lindungan air matamu"

Tanya lelaki itu lagi : "Bagaimanakah caranya?" Rasulullah SAW. menjelaskan: "Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa."

Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istighfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah. 

Allah SWT berfirman : “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyukan mereka bertambah”. (QS. 17:109)

Firman-Nya yang lain : "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar” (QS. 67:12)

Rasulullah SAW bersabda : “Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah, (dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam bersendiriannya kemudian air matanya mengalir” (HR. Bukhari-Muslim) 

Dari al-Abbas Bin Abdul Muthallib Radhiallaahu Anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ertinya :

“Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, (pertama) mata yang menangis (disaat bersendirian) di malam hari kerana takut pada Allah S.W.T , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” (HR. At-Thabrani)

Dari Zaid Bin Arqom R.A , dia berkata : “Seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab : “Dengan air matamu, kerana mata yang menangis kerana takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya” (HR. Ibnu Abi Dunya dan Ashbahâny)

Dari saat ini mari kita mempertimbangkan air mata kita yang keluar, jangan sampai keluarnya air mata kerana kita tidak mendapatkan keinginan hawa nafsu, jangan sampai kita menangis kerana kebatilan. Bijak dalam mengeluarkan air mata merupakan pertanda jernihnya hati dan benarnya iman seorang hamba.